Kempen Internet Selamat @ Sma Al Maad Arau
26 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 September 2025, NADI dan pihak MCMC telah berkerjasama dalam mengadakan Kempen Internet Selamat yang telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Islam Al Maad Arau. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang internet dengan cara bermain permainan mengikut checkpoint yang telah diberikan mengikut kumpulan. Hal ini dapat memberi pendedahan secara interaktif kepada pelajar dalam memberikan ilmu pengetahuan justeru menarik pelajar untuk sentiasa peka dalam sesi soal jawab yang diberikan oleh fasilitator.
Selain itu, pelajar juga diberikan pendedahan tentang tanggungjawab mereka ketika menggunakan telefon pintar dalam melayari internet agar terhindar dari bahaya seperti siber buli, red flag, jejak digital dan sebagainya. Para pelajar juga didedahkan dengan talian bantuan seperti Talian kasih 15999, Mercy Malaysia, Be Frienders, Cyber 999, MCMC, PDRM dan membuat laporan melalui media sosial sendiri seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada komuniti tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, komuniti juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: